Jumaat

sebab benci dan dendam yg kian membara , anak yg berumur 3tahun dan jga dalam kandungan menjadi mangsa .. suami yg bergelumang dengan dosa dan zina sangat menjadi beban hidupku ..

Rabu

Zulya Nathasha, yang akan genap 3tahun dalam masa 2bulan lagi kini sangat pandai berkata-kata. walaupun ramai yang mengatakan masih terlalu kecil tetapi bagiku dia lah teman dan juga kawan dimasa susah dan senang. dengan perangai dan gelagatnya yang sangat aktif, orang di sekeliling tidak menyenangi kewujudan si kecik menyebabkan hati seorang ibu sangat menderita memendam segala layanan yang diberi kepadanya. 
sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga, orang tua lah menjadi tempat bergantung hidupku sehingga ke hari ini. seseorang yang bergelar suami bagiku sepertinya tidak wujud dalam kamus hidup. sejak kandungan pertamaku lah segalanya bermula dan kini kandungan kedua dah nak masuk 4bulan. 
Suamiku berasal dari tanah seberang (dalam kursus selama 3tahun) dan mungkin kerana itulah jodoh diantara kami 'kurang sambutan'. sejak mengandungkan anak pertama hingga lahir, baru sekali balik ke rumah iaitu nak sahkan surat kelahiran. sungguhpun anak dah sebulan lebih, sedangkan masa nak bersalin ada dikhabarkan. kalau nak difikirkan, mungkin sibuk kerja ataupun sekolah. selepas habis sekolah (kursus) sepatutnya pulang dengan berita baik tapi bukan sahaja langsung tak muncul batang hidung, sebarang berita pun tiada. hanya dengan mengikuti perkembangan dalam facebook sahaja lah khabar yang mampu ku ketahui, nak harapkan belanja atau nafkah pun tiada. 
selepas 2tahun menghilang tanpa khabar tiba-tiba pulang bagaikan tin kosong. isteri mana yang tak rindukan suami, kecewa dan marah yang dirasai bagaikan terubat ketika melihat wajah suami yang kian pudar dalam ingatan. walaupun masa yang terluang cuma seminggu, hati seorang wanita sentiasa lembut dan terbuka bagi orang tersayang. pabila suami mengajak untuk menyambut raya bersamanya tanpa berfikir aku terus bersetuju dan membuat persediaan.
semasa dalam perjalanan untuk bertemu dengannya, hati yang gembira hingga tak mampu digambarkan nampak sangat diwajahku. hampir seminggu duduk di tempat orang dengan menyewa bersama dua lagi rakan sekelas suamiku, rupanya bukan mudah untuk hidup berdikari.
anakku yang baru berumur 2tahun cuba untuk menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran baru dan aku berusaha untuk menghiburkannya bagi mengurangkan ingatan kepada keadaan di kampung. bagi merapatkan hubungan diantara teman serumah, aku memulakan cerita dengan bertanyakan hal-hal suamiku sepanjang 2tahun menyepikan diri. cerita yang aku dapat semuanya baik dan langsung tidak ada sebarang kecacatan, tapi tak tahu kenapa hatiku yang mendengar cerita itu tidak memuaskan hingga lah puas aku bertanya akhirnya terfikirkan umpan yang mungkin mengena dengan ketidak puas hati aku. umpan yang tepat selepas mendengar jawapan yang diberi walaupun tidak kesemuanya didengar. hati yang berbunga-bunga beransur pulih terasa pedih bagai diulit-ulit pabila cerita mengatakan suamiku sudah ada 'bini baru'. sedaya upaya untuk aku tidak mempercayai semua cerita itu dan hanya mampu membuat janji dengan suami bahawa -yang lepas biarlah lepas, kita mulakan dari awal. semenjak dari hari itu, aku sentiasa mengawasi masa sewaktu suamiku pergi kerja dalam pukul 2pm dan balik dari kerja pukul 11malam. pada mulanya, aku mampu bersabar sekiranya lewat dari jam yang sepatutnya tapi selepas sebulan lebih tinggal bersama keraguan mula menguasai diri. balik rumah seawal waktu sembahyang subuh dan paling lewat selepas 3hari. dalam keadaan yang sunyi terpuruk dalam rumah tanpa handphone, hati aku tak pernah putus memikirkan suamiku. malu terhadap teman serumah yang menanggung makan dan minumku bersama anak menggalakan perasaan ragu kepada suami semakin kuat. tidak tahan dengan sikap suami yang tiada tanggungjawab pada anak bini, akhirnya aku membuat keputusan untuk balik ketanah air sendiri tanpa memberi tahu suami. 2minggu sebelum bertolak, aku mengajak suami untuk balik ke rumah orang tuanya bagi mengenalkan anakku kepada mereka dan memberitahu rancanganku untuk balik ke kampung. tanpa perasaan rasa bersalah dan juga kecewa, suamiku bersetuju. tinggal seminggu sebelum bertolak kami pun balik ke kampung orang tuanya. tanpa disangka kehadiran aku dan anakku di rumah orang tuanya tidak diundang. kami diperlakukan seperti tidak wujud dan waktu itu lah kesabaranku sangat diperlukan kerana aku merasakan 'kehadiran' orang baru. dalam masa seminggu duduk bersama orang tuanya, aku mengharapkan suamiku akan berperangai baik didepan mereka tapi disebaliknya. suatu hari suamiku perasan yang aku sedang lalui musim mengidamkan sesuatu, dengan pantas pertanyaan keluar dari mulut dan aku mengiakan. masih berharap tindak balas positif dari suami dan hasil yang aku dapat amat-amat mengecewakan. suamiku memaksa untuk menggugurkan kandunganku yang baru berusia sebulan. sejujurnya, anak kedua belum ada dalam perancanganku tapi Allah maha kuasa lagi maha mengetahui mungkin memberikan kesedaran kepada aku dan suamiku agar bersikap jujur dan percaya terhadap pasangan masing-masing.
kini kandunganku sudah memasuki 4bulan, suamiku belum mengirimkan apa-apa berita mahupun nafkah kepada aku dan anakku.